Butik Anggun Muslimah ini ditubuhkan pada Januari 2012. Butik ini
baru ditubuhkan oleh saya dengan bantuan keluarga dan kawan-kawan. Idea
untuk mewujudkan sebuah butik pakaian muslimah ini adalah dari idea saya
sendiri setelah mempelajari sedikit tentang perniagaan. Dan saya juga
melihat banyak peluang perniagaan boleh diwujudkan di UUM. Pada mulanya,
butik ini tidak menerima banyak tempahan kerana kewujudannya tidak lagi
diketahui ramai. Namun selepas beberapa cara hebahan dibuat untuk
memperluaskan pasaran produk dibuat, butik ini semakin mengambil tempat
dalam menyediakan pakaian muslimah. Tempahan yang diterima bukan sahaja
oleh warga UUM, tapi juga orang luar.
Antara koleksi
pakaian yang dijual oleh butik ini adalah Jubah, T-shirt muslimah, dan
beberapa jenis tudung. Setakat ini kami memperoleh 1000 tempahan dari
seluruh negara dan penghantaran barang yang ditempah akan mengambil masa
3 hari untuk sampai. Tarikan pada koleksi pakaian di butik ini yang
mempunyai pelbagai rekabentuk fabrik, jenis kain yang pelbagai, murah
dan cepat sampai menyebabkan tempahan meningkat.
Anda yang berminat dengan produk pakaian muslimah kami bolehla membuat tempahan di :
Nurul Shahela bt Zulkifli
Lot 12, Varsiti Mall Universiti Utara Malaysia,
06020 Sintok Kedah.
Anda juga boleh menghubungi saya :
0137972966
Email : anggunmuslimahUUM@gmail.com
Blog : http://www.anggunmuslimahUUM@gmail.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment